RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Tuesday, 14 April 2009

PERKEMBANGAN AWAL REMAJA (Sisipan 1)

Oleh : Biro Kesihatan Reproduktif

Istilah “adolescent”, “teenager”, “teen”, “young adult”, “youth”, “youngster”, “young person” , semuanya adalah sinonim dengan perkataan REMAJA. Dari sudut psikologinya, remaja merupakan satu zaman peralihan iaitu dari pergantungan (kanak-kanak) ke peringkat bebas/berdikari (dewasa). Biasanya seseorang remaja ini akan memasuki zaman awal remaja apabila mereka telah mencapai tahap akil baligh. Ini menyebabkan pelbagai perubahan serta pertumbuhan berlaku yang kadang-kadang tidak difahami sepenuhnya oleh para remaja ini :

CIRI-CIRI UTAMA AWAL REMAJA :
(a) Pertumbuhan fizikal yang nyata :
Perempuan :
- Buah dada mula tumbuh dan membesar
- Tulang pelvis mula melebar
- Pembesaran pada rahim & vagina
- Ovari mula matang & menghasilkan telur
- Suara mula menjadi lembut & manja
** Kematangan seks primer berlaku apabila mereka didatangi haid pertama. OLEH YANG DEMIKIAN, ORGAN PEMBIAKAN TELAH BERFUNGSI!
Lelaki :
- Pertumbuhan otot badan, bahu melebar
- Penis & testis membesar, testis mula menghasilkan sperma
- Suara menjadi garau
- Pertumbuhan bulu pubis,ketiak, misai & janggut
** Peristiwa mimpi basah pertama adalah pengalaman yg menunjukkan mereka bukan lagi kanak-kanak. OLEH YANG DEMIKIAN, ORGAN PEMBIAKAN TELAH BERFUNGSI!

(b) Di peringkat ini, remaja akan mengalami 2 perasaan yang berbeza iaitu bingung ATAU gembira. Bingung kerana mereka masih tidak dapat menerima perubahan yang berlaku dan tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka yang gembira pula menganggap mereka sudah dewasa, mula mampu berdikari sendiri dan bebas melakukan sebarang keputusan tanpa melibatkan ibubapa.

(c) Akhir sekali, pada tahap ini kebanyakan daripada mereka hanya berkawan/menjalinkan hubungan di kalangan sejantina mereka sahaja.

Bagi adik-adik di luar sana yang masih keliru dengan perubahan imej diri, jangan pendamkan perasaan itu..Dapatkan fakta yang sebenarnya dari kami di sini. Jangan biarkan hidup adik-adik dibebani kecelaruan yang boleh diselesaikan.


0 comments:

Post a Comment