RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Tuesday, 23 June 2009

Pertengahan Remaja (Sisipan 2) - Adakah Anda??

Oleh : Biro RH

Secara asasnya, umur remaja ketika ini adalah di antara 13-17 tahun. Apa yang berlaku ketika ini? Adakah di peringkat ini remaja akan berubah secara drastik berbanding awal remaja dahulu? YA atau TIDAK.

Di peringkat ini sudah mula timbul perasaan atau keinginan untuk mengenali atau meminati jantina lain. Maksudnya mudah, perempuan akan suka kepada lelaki dan lelaki akan suka kepada perempuan. Itu satu lumrah dunia dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja melainkan mereka yang bersifat secara songsang. Itu bab lain.

Remaja, sejak dari awal lagi akan ada sifat MEMBANTAH & MEMBERONTAK. Kalau tak banyak, ada la sikit,kan? Tidak ada yang tidak betul pada diri mereka. Semuanya ingin menang, tidak kira dengan kawan, guru, ibubapa, adik-beradik & orang di sekeliling yang lain. Adakah ini disebabkan hormon? Semestinya tidak! Itu adalah 1 FASA KEHIDUPAN sebagai seorang remaja.

Terakhir ingin disebut. Tapi tidak kurang pentingnya. Bermulanya peringkat pertengahan remaja bermakna bermulanya penerokaan seks remaja. Mereka sudah mula mencari identiti diri. "Aku kena bergaya begini...begitu", "Aku ingin mempunyai dagu seperti Anuar Zain..." "Mengapa dia boleh keluar dating, tapi aku tidak", "Bolehkah aku memilih dia sebagai teman wanita?"...Itu adalah di antara contoh kata-kata dari seorang remaja yang mula mencari SIAPA AKU SEBENARNYA. Dan dari sinilah, remaja harus pandai memilih dan menilai. Mana yang harus dijadikan panduan dan yang mana tidak.

"Sedalam mana pun ilmu seseorang itu, tidak mungkin memberi manfaat kepada dirinya selagi ilmunya tidak dipandu oleh 'akal" (Lukmanul Hakim)

0 comments:

Post a Comment