Oleh : Noor Sazali Mansor
Syukur Ke Hdarat Ilahi, atas usaha dan kerjasama semua Teen Educators Pulau Pinang, maka kami telah berjaya juga menyediakan Blog Kafe@TEEN Butterworth untuk menyediakan maklumat dan makluman terkini serta aktiviti yang akan dijanakan saban tahun 2009.
Sekilas imbauan, kafe@TEEN mula ditubuhkan pada tahun 2005, dan kita telah menjangkau 5 tahun usianya. Maka sepanjang tempoh kelahirannya di persada dunia remaja Butterworth, pelbagai hadangan dan rencah hidup telah dihdapi oleh kita secara kolektif. Namun sokongan dan dokongan dari semua para sahabat telah membawa kafe@TEEN, ketahap yang cukup dibanggakan sekarang ini.
Itulah hikmahnya bila kita bersedia menghadapi segala percaturan dunia yang semakin pantas ini dengan berstrategi dan penuh efektif. Malah menjadi kolektif dalam menggerakkan gerakkerja adalah tiket penting untuk menjayakan sesuatu gerakkerja yang berguna. Amalan itu telah memperkukuhkan hubungan antara kita semua dan hasilnya ia memperlihatkan satu modus operandi yang berkesan dan teguh.
Oleh itu saya menyeru kepada remaja-remaja yang berada di luar sana, inilah masanya untuk kita berubah dan menjadi pencetus kepada perubahan. Sudah sekian lama kita dilihat sebagai pendominasi kepada kecelaruan dalam masyarakat, maka kini adalah masa terbaik untuk kita menyumbang sesuatu dengan menjadikan diri kita sebagai insan terbaik. Jangan kita fikir untuk merubah dunia jika kita sendiri gagal merubah diri. Makan hadirlah ke pusat kami untuk sama-sama kita merubah diri untuk merubah masyarakat.
Kami berlapang dada dan berdepang tangan menyambut anda untuk mencar diri dan hidup, kerna kembara kita dan perjalanan kita mencari diri tidak akan terhenti sehingga kita menemui pencipta yang benar-benar agung sifat dan kewujudannya.
JOM MAI KAFE dan sama-sama kita alami Dunia Remaja Menelusuri Hidup Cemerlang Dan Sejahtera.
PUSAT REMAJA KAFE@TEEN BUTTERWORTH
D/A KOMPLEKS KESIHATAN BUTTERWORTH
12000 JALAN PANTAI
BUTTERWORTH
PULAU PINANG
TEL : 04-3314795
FAX : 04-3311780
0 comments:
Post a Comment