RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Wednesday, 17 February 2010

Buang Bayi Lagi...

11 Februari 2010, sakitnya hati & bergenang airmata ketika melihat gambar bayi comel yang penuh dihurungi semut dalam keratan akhbar. Masih belum reda dengan kes tersebut, keluar pula berita pada 14 Februari 2010, seorang bayi dijumpai di dalam tong sampah yang dibakar di Kuala Krai, Kelantan, sehingga memaksa pihak polis menggerakkan pasukan khas untuk mengesan mereka yang bertindak begitu kejam. Tidak dapat digambarkan manusia mana yang berhati binatang yang sanggup membunuh bayi dengan sesenang-senangnya....

Rasa-rasanya kes buang bayi ini sudah lama tidak kedengaran. Bukan tidak ada, tapi berkurangan..Tetapi nampaknya statistik kes ini semakin meningkat secara mendadak. Amat membimbangkan dan mengerikan. Tindakan yang sesuai harus diambil oleh semua pihak supaya masalah ini tidak berleluasa dan menambahkan lagi statistik pembuangan bayi.

Apa yang jelas punca di sini adalah dorongan hawa nafsu yang kuat menyebabkan berlakunya perlakuan zina di kalangan lelaki & perempuan terutamanya para remaja. Hubungan lelaki dan perempuan pada zaman ini sudah tiada batasan dan hadnya. Ditambah pula pengaruh-pengaruh filem, video lucah dan internet yang mudah di layari oleh semua individu.

Sebenarnya terdapat banyak cara dan langkah untuk kita sama-sama membendung masalah ini. Namun, jika kita hanya berfikir dan menunggu orang lain menyelesaikannya, perkara ini tidak akan 'diam' begitu sahaja. Amat merisaukan, takut2 suatu hari nanti buang bayi in menjadi amalan atau trend manusia...BERKAWAN - BERCINTA - HUBUNGAN MESRA - ZINA - MENGANDUNG - BUANG BAYI - MEMBUNUH ...........Mintak dijauhkan semua tu...

0 comments:

Post a Comment