Maklumat diambil dari Majalah Wanita Julai 2010 yang dipetik dari Reader's Digest Magazine
PETUA LAMA VS KAJIAN SAINS :
Petua Lama : Halia dikatakan bagus untuk melegakan sakit perut.
Kajian Sains : Bersetuju kerana halia juga terbukti mampu mengatasi rasa loya.
Petua Lama : Makan sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor.
Kajian Sains : Pendapat ini dianggap agak keterlaluan. Apa pun, kulit epal adalah sumber terbaik guercetin, sejenis antioksidan dan kajian mendapati ia membantu menurunkan tahap tekanan darah, mencegah lelah, alahan serta mencegah serangan jantung.
Petua Lama : Madu mempercepatkan pemulihan luka.
Kajian Sains : Ya, luka kebakaran bertahap antara ringan sehingga sederhana (tetapi bukan jenis luka lain) pulih lebih cepat sekiranya anda menyapu madu di atas kulit terbakap tersebut. Mungkin ia disebabkan madu mencipta keadaan antibakteria yang lembap sambil membantu merangsang pembentukan tisu baru.
Petua Lama : Tidur dalam bilik berhawa dingin akan menyebabkan anda selsema.
Kajian Sains : Ada kemungkinan pendapat ini betul. Penghawa dingin mengeringkan lapisan pelindung mukus sepanjang laluan nasal, yang memudahkan virus mengjangkiti anda. Virus juga berkembang lebih pantas dalam hidung yang sejuk.
Petua Lama : Berenang selepas makan boleh mengakibatkan kekejangan & kelemasan.
Kajian Sains : Tidak semestinya. Selepas anda makan, darah akan bertumpu pada usus-usus & terkeluar daripada otot-otot senaman. Keadaan itu akan menyebabkan peningkatan asid laktid dalam otot-otot anda. Maka berenang sejurus selepas makan boleh mengakibatkan kekejangan (namun tidak menyebabkan kematian).
Petua Lama : Makan coklat menyebabkan tumbuh jerawat.
Kajian Sains : Kemungkinan. Coklat mungkin merangsang pertumbuhan jerawat tetapi penyebab utama mungkin gula, susu & pengisian berkrim. Bukan koko.