RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Thursday, 5 November 2009

REMAJA & CINTA

Remaja dan cinta. Sememangnya menjadi sudah sebati dalam pusingan hidup hari ini. Cinta bertandang dalam jiwa masing-masing tanpa diminta oleh sesiapa. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.

Namun, adakah kronologi cinta remaja hari ini membawa kepada satu khabar gembira bagi semua orang? Adakah fitrah ini menjadi satu sandaran untuk remaja bertindak di luar dugaan akal fikiran manusia? Kenapa itu persoalannya? Ya, kerana fitrah itu kini sudah mula menjadi satu fitnah yang besar kepada remaja. Mungkin remaja sudah silap percaturan di antara cinta, nafsu dan SEKS!! Bila remaja menganggap cinta itu adalah sebahagian dari perhubungan seksual, itu bermakna perjalanan bahaya sudah bermula....Ketika inilah keluarnya beberapa cerita yang menjijikkan masyarakat : bohsia, seks luar nikah, buang bayi, pengguguran haram, rogol dan pelbagai lagi episod yang memalukan.

Saya tidak ingin bercerita tentang statistik atau saintifik mengenai perkara ini. Tetapi untuk menyatakan kepada adik-adik atau sesiapa sahaja andai terbaca atau melayari blog ini, sama-samalah kita berfikir dan bertindak bersama. Remaja perlu bijak dengan mainan perasaan walaupun semakin dijauhi semakin ianya mengcengkam jiwa. Usah biarkan diri dibawa arus yang tidak sepatutnya kita lalui. Apa yang penting, jangan terlalu obses terhadap seseorang sehingga terpaksa membayar segala kemanisan itu dengan 'tubuh' sendiri. Jika anda pelajar, belajar la dulu. Bercinta tak salah, tapi biar ada sempadannya.....
TQ.