RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Tuesday, 8 September 2009

Ramadhan & Kesihatan

Di saat artikel ini ditulis, seluruh umat Islam di mana-mana sahaja sedang menjalankan ibadat yang wajib ditunaikan iaitu puasa di bulan Ramadhan. Hari ini sudah masuk hari yang ke-19. Secara asasnya, puasa adalah menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari..

Isk, boleh ke macam tu? Boleh tahan lapar ke? Tak bahaye ke? Mana boleh..saya gastrik...

Itulah beberapa rungutan bagi sesetengah orang yang tidak tahu dan tidak faham apa erti puasa sebenarnya. Dalam kolum ini, kita tidak mahu hanya bercerita tentang bagaimana itu puasa tetapi kita cuba fikirkan sejenak mengenai perhubungan di antara puasa dan kesihatan kita. Terlalu banyak hikmah dan nikmatnya kepada tubuh badan kita apabila kita berpuasa. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah...kalau puasa, confirm aku boleh kurus. Ya, itu yang ada di benak kita, kan? Sebenarnya banyak kesannya kepada kita iaitu dari sudut spiritual dan juga fizikal.
Secara psikologinya, terdapat beberapa perubahan apabila seseorang itu berpuasa. Puasa akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Berzikir, membaca Al-Quran, solat sunat terawih dan sebagainya. Dari situ, jiwa dan emosi kita akan lebih aman dan tenteram.

Selain itu, puasa akan menyebabkan badan kita akan mengalami detoksifikasi iaitu membuang bahan-bahan buangan atau toksin dari badan. Terdapat banyak kajian dan kertas kerja yang telah dibentangkan bahawa puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Berpuasa juga dapat memulihkan organ pencernaan kerana peredaran darah dapat terhindar daripada tekanan yang terjadi secara terus menerus sepanjang hari (Resource : Dr. Rasyad Fuad As-Sayyid, Puasa sebagai Penyembuh Penyakit)).

Kesimpulannya, berpuasa dapat dijadikan sebagai amalan untuk pemeliharaan tubuh badan daripada pelbagai penyakit dan merehatkan kemampuan fizikal. Semoga kita diberi kekuatan dan kerejinan untuk menjalankan ibadat ini dengan jayanya. Kepada Adik-adik di luar sana yang merokok, inilah masanya untuk anda belajar berhenti merokok. NAK 1000 daya, TAK NAK 1000 dalih...
Baarokallaahu lakum.....