RSS

Welcome to my Blog
Hope you enjoy reading.

Pages

Wednesday, 22 July 2009

JENAYAH PELAJAR PEREMPUAN??

Tajuk keratan akhbar pada 15 Julai 2009 iaitu "Jenayah pelajar perempuan naik" amat mengejutkan sesiapa sahaja yang membacanya. Terasa seolah-olah berada di negara barat di mana golongan remajanya agak ekstrim & agresif dengan pelbagai jenis jenayah yang dilakukan.

Berita tersebut disiarkan ekoran daripada kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu iaitu seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 di paksa bergusti dengan rakan baiknya secara paksa dan telah disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.
Dalam berita tersebut, kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) mendapati kes salahlaku jenayah di kalangan pelajar perempuan meningkat dalam tempoh 3 tahun sejak 2005. Ia amat membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673 pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005).

Apa yang kita lihat dan apa yang telah terbukti sekarang ini adalah bahawa remaja perempuan pada zaman ini sudah semakin mula berani mempamerkan adegan-adegan lasak/ganas yang biasanya hanya sinonim untuk golongan lelaki sahaja. Mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh Pengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din mengenai beberapa punca atau sebab masalah ini berlaku :
1) Krisis Identiti - remaja mengalami proses mencari dan ada sesetengah daripadanya menghadapi kekeliruan. Contohnya, filem-filem atau cerita aksi ganas yang menunjukkan perbuatan seperti bergaduh yang boleh menjadi ikutan remaja kerana ia dianggap 1 perkara yang betul.
2) Tekanan dan dorongan atau cabaran rakan sebaya. Terutamanya pengaruh daripada rakan-rakan lelaki.

Apa yang penting di sini, REMAJA itu sendiri. Remaja harus tahu apa yang mereka pilih itu adakah dalam landasan yang betul atau terpesong? Tapi bukannya membiarkan mereka bergerak sendiri. Ibubapa turut memainkan peranan besar. Didikan yang baik dan betul menjadi salah 1 resepi dalam pembentukan sahsiah remaja.